-->
SELAMAT DATANG KE BLOG SMK SERI TANJONG, MELAKA....SERI HEBAT

HALA TUJU SEKOLAH



HALA TUJU SEKOLAH

Visi Sekolah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi Sekolah
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Kebitaraan Sekolah
Subjek Sejarah , Sukan Petanq, Bicara Berirama

Slogan Sekolah
Usaha Jaya

Diharapkan warga Seri akan terus berusaha menuju kecemerlangan untuk berjaya
mencapai visi dan misi.


Dasar Kualiti Sekolah

Dalam usaha mencapai misi selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), SMK Seri Tanjong menetapkan beberapa dasar ke arah pencapaian kualiti:-

1.         Meningkatkan pencapaian prestasi akademik sekurang-kurangnya 5% setiap tahun.

2.         Mencapai:
            -           95% pelajar mencapai melebihi band 3 pada peringkat PT3
            -           10% pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran, 30% layak ke Matrikulasi,
                        50% layak ke tingkatan 6 dan lulus 100% pada peringkat SPM
-                 10% pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran, 100% layak ke IPT dan
100% mendapat sijil penuh  pada peringkat STPM.

3.         Kurang daripada 0.2% pelajar terlibat dalam masalah disiplin berat.  95% purata
kehadiran pelajar.

4.         Memperkasa pelbagai program untuk pembentukan sahsiah terpuji pelajar.

5.         Mencapai johan peringkat kebangsaan dalam semua pertandingan atau permainan yang
menjadi ETOS sekolah.

6.         Semua panitia dapat membelanjakan sekurang-kurangnya 95%daripada wang yang
diperuntukkan menjelang akhir tahun  dan semua bil dapat dijelaskan dalam masa 14 hari.

7.         Sistem pengurusan kewangan sekolah pada tahap cemerlang dan tiada audit bersyarat.

8.         Persekitaran sekolah yang kondusif, ceria dan bermaklumat berfokuskan 3K.

9.         Membudayakan PLC dalam PdP.

0 comments: