-->
SELAMAT DATANG KE BLOG SMK SERI TANJONG, MELAKA....SERI HEBAT

Logo Sekolah


LOGO SEKOLAH


Penerangan Logo Sekolah


BUKU DAN PENA, LIMA BULATAN, SIMBOL ATOM DAN RODA TENAGA:

Merupakan ciri-ciri yang digunakan untuk membentuk murid-murid dalam  aspek didikan – akademik,sukan serta sains dan teknologi tanpa mengabaikan unsur-unsur yang dapat membentuk akhlak yang mulia.

LIMA BILAH KERIS

Melambangkan taat setia dan keluhuran dalam mempertahankan Panji-panji Sekolah.

DUA EKOR PELANDUK

yang memegang anak bulan dan bintang menunjukkan Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Tanjong dalam Negeri Melaka dan Pesekutuan.

WARNA KUNING

adalah simbol kecintaan suci murni kepada sekolah.

WARNA HIJAU

adalah warna rasmi sekolah.

Piagam Pelanggan

Kami warga pendidik sekolah ini dengan penuh kesedaran berikrar dan berjanji akan melaksanakan dan menjayakan perkara-perkara berikut;

1.         Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi akademik pelajar ke tahap yang lebih kompetitif.

2.         Berusaha memberi pendidikan kepada semua murid tanpa mengira tahap keupayaan mereka.

3.         Sentiasa berusaha membentuk sahsiah pelajar selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

4.         Sentiasa berusaha memperkembang potensi semulajadi pelajar dalam bidang kokurikulum.

5.         Sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

6.         Sentiasa peka dan prihatin dengan  permasalahan dan kebajikan warga Seri Tanjong.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.